SUBAHANALLAH...

Friday, September 25, 2009

remaja & cinta

Remaja Berakhlak di Bawah Panji-Panji Nabi Yusuf as.
www.iluvislam.com
*editor : izzah87




Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran. Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang segar bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat.

Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui pelbagai konsert yang mendorong mereka menjadikan artis sebagai sanjungan dan ikutan, bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, bahkan menyebabkan mereka menganggap maruah dan kehormatan seolah-olah tidak bernilai. Dengan mudah mereka menyerah kepada seseorang lantaran runtunan hawa hafsu.
Budaya barat bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah menjadikan remaja sebagai sasarannya. Dalam suasana yg begitu onar, mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiah islam, mendampingkan diri dengan kelompok yang berpegang teguh dengan ajaran islam. Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada ancaman pengaruh mungkar.


Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja mukmin dan berakhlak mulia, lebih-lebih lagi dalam suasana negara dan pemerintahannya mengabaikan peraturan Allah SWT. Dengan pengaruh persekitaran yang lebih menjerumus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik dan hidayah Allah SWT serta asuhan dan bimbingan daripada ibu bapa yang berpegang teguh dengan hukum Allah SWT sahaja akan selamat daripada segala bencana itu.

Hanya golongan remaja yang memiliki benteng pertahanan iman, serta berakhlak yang mulia, merupakan golongan yang telah berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi. Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Oleh sebab itulah apabila mereka tiba di padang Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan daripada para malaikat. Malah kehadirannya akan disambut oleh Allah SWT dengan ucapan "selamat datang wahai para remaja yang baik".

Demikianlah penghargaan dan balasan Allah SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela di sekitar mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, mereka akan mendapat keseronokan yang abadi di Akhirat kelak.



Setelah Allah SWT mengucapkan selamat datang kepada para remaja yang berakhlak mulia itu, lalu diperintahkan para malaikat supaya menempatkan para remaja itu di sebelah kanan. Untuk mereka, disediakan bendera berwarna hijau, lalu Allah Taala menyeru Nabi Yusuf AS untuk menerima bendera tersebut bagi mengetuai para belia yang mukmin, berakhlak, sabar dan mempunyai ilmu pengetahuan. Nabi Yusuf terpilih menjadi ketua para belia yg baik budi pekerti kerana Baginda adalah seorang Nabi yg sangat kacak dan tampan.

Ketampanannya menggoda ramai wanita, hingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun, Nabi Yusuf berjaya mengatasi semua halangan dan godaan itu. Ulamak tafsir menyifatkan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini hanyalah separuh daripadanya ada pada Nabi Yusuf AS. Dalam Al-Quran terdapat satu surah khas yang bernama "Surah Yusuf", yang bukan sahaja menceritakan paras rupa Nabi Yusuf yang tampan dan menawan, tetapi juga menceritakan segala kebaikan dan kelebihan Baginda. Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang Nabi yang termasyhur, iaitu Nabi Yusuf AS.

Bersesuaian dengan ketabahan dan kekuatan hati Baginda yang berjaya menghadapi fitnah wanita. Maka demikian jugalah para remaja yang berjaya menghadapi segola godaan dan cubaan alam remaja, maka mereka akan bersama-sama Nabi Yusuf di bawah panji-panji hijau di Akhirat kelak. Setelah itu, Allah SWT memuliakan orang-orang yang menjalinkan hubungan baik sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT. Mereka berkawan bukan kerana wang ringgit yang selalu diterima atau kerana pertolongannya semasa mendapat kesusahan, tetapi hubungan baiknya hanya atas dorongan hati yang ikhlas. Justeru, mereka mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT kerana sifat yang terpuji itu. Sifat kasih mesra sesama insan itu merupakan benteng penghalang daripada segala persengketaan dan pemusuhan.



--------------------------------------------------------------------------------

*dipetik daripada buku "Nota Kepada Diri" karya Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Sebentar Bersama Hadis

حَدَّثَنَا سَعْدُ بْنُ حَفْصٍ، حَدَّثَنَا شَيْبَانُ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ وَرَّادٍ، عَنِ الْمُغِيرَةِ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الأُمَّهَاتِ، وَمَنْعَ وَهَاتِ، وَوَأْدَ الْبَنَاتِ، وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ، وَإِضَاعَةَ الْمَالِ ‏"‏‏. ‏


6041 narrated that Sa'd ibn Hafs, told us Chaiban of Mansour, on the Mussayab, about Rad, invasive of the Prophet peace be upon him said "Allah has forbidden you disobeying mothers, and to prevent and Red Hat, and female infanticide, and you dislike gossip, asking too many questions, and wasting money. "

from: صحيح البخاري - كتاب الأدب

Mari Sama2 Hayati

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
www.iLuvislam.com
oleh : everjihad


*****

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.




"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...



Sumber : Sekretariat NYDP2 MPP Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Santapan Kejayaan


RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya:

1.Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
2.Sebuah ketekunan
3.3 mangkuk kerajinan
4.4 hiris keinsafan
5.5 keping kasih sayang
6.Beberapa potong kasih
7.Segenggam harapan
8.1/3 cawan air mata keinsafan
9.Semangkuk azam
10.Sekuntum A untuk hiasan

Cara membuatnya:

1.Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2.Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3.Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 lit3r pati usaha. 4.Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.
5.Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6.Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7.Tambahkan sedikit kerajinan.
8.Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9.Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.

Cara menjamahnya:
1.Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2.Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3.Hiasilah dengan seyuman.
4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.

Selamat menjamah :)

Pesanan Editor: Bulan Syawal bulan kemenangan, setelah sebulan menahan nafsu, dan kini bermulalah medan bertempur hasil latihan di bulan Ramadhan. Ayuh sahabat semua, sama-sama berusaha untuk berjaya di dunia, dan akhirat terutamanya.






--------------------------------------------------------------------------------

Thursday, September 24, 2009

tulisan

Dr Fadzilah Kamsah
Kenal peribadi melalui Graphology (Kajian)
Grapho ertinya tulisan
Logy ertinya bidang ilmu

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di
bahagian belakang kertas.
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper

Tulisan yang angular dan sharp
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,
peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan
sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi
dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam
hidup...



ini hanyalah kajian..
anda dri golongan mne??
jadi, kenali lah diri anda..

meh la bercouple (MARI SAMA2 BERINGAT;)


apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':

1) seronok (dpt fitnah) glamer tau.glamer nagn menda x baik

2) seronok (dpt dosa)bincang masalah masing-masing macam orang
dah kahwin la pulak.uhuk2

3) seronok (dpt geng dgn syaitan)

4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada).. luah jgn x luah

5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..masuk tenet duk berjam2

6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..) yups kalau solat pun cam lipas kudung sbb takut awek majuk..ihik2

7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..) kdg2 muram sbb bergaduh ngan awek..padan muka

lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)sanggup
utamakan awek..serius gila bila kita terserempak dia duk dating. Kita macam nak telan jer.Renggang dgn kawan2 kerana couple

9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... ) fuyyo

10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..




hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/skodeng/kajian terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) byk sek./ipt/pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dgn syarak. serta kurang bendungan dr mak ayah yg ingat anak dia baik sgt

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab..Weeeii..pegi ke umah orag tua dia dating depan mak ayah dia..sambey2 tackle mak ngan ayah dia lak klu betul2 gentelman @ gentelwomen.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..hangpa x de marka..mana tau..

3) sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. patutla ada karan rupanya antara dua jenis ni. Hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan.. mak!! ayah!! nak couple jugak..leh tak.

4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu..,merengek macam anak x cukup susu..adiusss.. lelaki apa lagi.. ada chance ni..tumbuh tanduk la kawan tu

5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..

6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling mempengaruhi suasana.

7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...

haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pantang dipuji pulak tu kaum hawa..mudah kembang hidup..boleh sumbat kerbau.. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..

9) ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu..ahak2 tolong ada boaya di sebalik batu.

10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati...

alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, Alghaayah la tubarrirul wasiilah,sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:

Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih)

1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... .

2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu...



Dimanakah kedudukan anda-bercouple atau tidak, perlu atau tidak, berikan hujah anda kenapa perlu bercouple dimanakah batasan2 bercouple??

Wasiat Rasululullah s.a.w

Wasiat Rasululullah s.a.w
ADAB UZ-ZIFAF



Ahmad telah menceritakan :
“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam”

Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”

Baginda menjawab :
“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).”

Baginda menjawab :
“Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”


“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”…..1*

(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

Friday, September 18, 2009

19 HADITH RASULLULLAH S.A.W MENGENAI WANITA


19 HADITH RASULLULLAH S.A.W MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16 . Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17 .Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18 .Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

cantiknya seorang WANITA...


cantiknya WANITA

Allah berfirman:
" Ketika Aku menciptakan seeorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.


"Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."


"Aku memberikan kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.


"Dan akhirnya, aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

ANTARA 2 CINTA


Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu..
Rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui
syahid dijalanmu..

Ya ALLAH..
Jika aku rindu..

Jagalah rindu ku agar tidak
lalai merindui Syurga-MU..

Ya ALLAH..
JIka aku menikmati cinta

kekasihMU..
Janganlah kenikmatan itu
lebih dari nikmat indahnya
bermunajat sepertiga
malam..

Jika kau halalkan aku untuk
merindui kekasihMU..
Jangan biar aku melepasi
batas sehingga lupa pada
CINTA HAKIKI dan RINDU
ABDI hanya kepadaMU.

DARI INSAN BERNAMA LELAKI BUAT INSAN BERNAMA WANITA


PERMAISURI HATIKU...

Di antara kekasih pilihan di hati,
Punyai budi penghias diri,
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi,
Indahnya perhiasan dunia.

Di antara diriku juga dirimu,
Hanya mengharapkan cinta yang satu,
Ku kan binakan mahligai impianmu,
Sayang ikhlaskanlah hati mu...

Malu mu bernilai,
Kata mu berhikmah,
Hati mu tulus suci dan murni,
Hanya diri yang halal,
Engkau serahkan segala,
Untuk mencari redha Allah.

Kau permaisuri di Hati ku,
Di dunia ini kau penghibur,

Menjunjung kasih amanah ilahi,
Ku pasti akan terus menyanyai.
Terima kasih ucapan ku beri,
Kau hadiahkan ku cahaya hati,
Ku pimpin tangan mu meniti hari,
Semoga kita dapat bersama
Selamanya...




from: I LUV ISLAM.COM

HaLWa MatA & TeLinGa

Loading...

Mari Berdoa Bersama2